Wednesday, October 16, 2013

Ulang tahun ke 5

Apa signifikan nya hari ini untuk saya?


Pada tarikh 16 Oktober 2008, saya telah meninggalkan rokok setelah menjadi perokok tegar selama 26 tahun. Tempoh pembaziran yang sangat lama. Pembaziran wang ringgit dan kesihatan. Alhamdulillah, setakat ini, setelah 5 tahun bebas rokok, belum ada tanda tanda untuk kembali merokok. Keinginan itu tiada walaupun dikelilingi oleh kawan kawan yang merokok. Harap harap ianya berkekalan. Saya akan ceritakan bagaimana saya berjaya berhenti merokok dalam post yang akan datang.
Selamat Hari Raya Aidiladha

Semalam, 15 Oktober 2013 bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1434, umat Islam di seluruh dunia telah bersama sama menyambut Hari Raya Aidiladha atau juga dikenali dengan Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji. Hari ini disambut sempena memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. yang telah menerima perintah Allah swt untuk mengorbankan putera baginda, Nabi Ismail a.s. dan kesabaran Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah swt tersebut.

Tahun ini, beberapa orang sahabat saya yang bertuah telah berlepas ke Mekah dan Madinah kerana mendapat peluang menjadi tetamu Allah swt dalam menunaikan ibadah haji mereka. Alhamdulillah, Hisham, Azhar dan Dr Norie bersama pasangan mereka kini berada di Mekah untuk menyempurnakan Rukun Islam yang kelima itu. Semoga mereka mendapat haji yang mabrur.

Bagi kita yang berada di Malaysia, Hari Raya Aidiladha ini sewajarnya disambut secara sederhana bagi menyempurnakan tuntutan agama yang menggalakkan kita bersederhana dalam kehidupan kita. Tahun ini, Abang Nan dan Che Dah telah mengorbankan se ekor lembu di Surau Seksyen 6 Shah Alam dan kami, adik adik ini, telah bersama sama bergotong royong menyediakan makanan untuk dinikmati bersama. Ada nasi tomato, ayam masak merah, roti jala, kari dan kuih muih. Hidangan utama pasti nya sup tulang segar dari sembelihan lembu tersebut. Che’ dan Cik Bi juga telah datang dari Kota Bharu untuk bersama sama meraikan Aidiladha di Shah Alam tahun ini. Walaupun semua orang letih setelah bertungkus lumus sepanjang hari, kepuasan jelas terpancar diwajah masing masing apabila majlis korban tersebut telah dilaksanakan dengan jayanya.


Tak ketinggalan juga, setiap kali tiba nya Aidiladha, Imran pasti akan memperingati bahawa, menurut takwim hijrah, Aidiladha adalah merupakan tarikh lahir beliau. Imran telah dilahirkan pada 28 April 1996 yang juga bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1416 . Jadi, walaupun menurut kalender Masihi, beliau baru berusia 17 tahun, 5 bulan dan 17 hari, sekiranya dikira dari kalender Hijrah, umur nya telah genap 18 tahun. So Ya, Selamat Hari Lahir. 

Sunday, December 09, 2012

Happy Birthday

Today is my brother's birthday. So, Happy birthday Achu Wan yang ke 43.