Ulang tahun
ke 5
Apa
signifikan nya hari ini untuk saya?
Pada tarikh
16 Oktober 2008, saya telah meninggalkan rokok setelah menjadi perokok tegar
selama 26 tahun. Tempoh pembaziran yang sangat lama. Pembaziran wang ringgit
dan kesihatan. Alhamdulillah, setakat ini, setelah 5 tahun bebas rokok, belum
ada tanda tanda untuk kembali merokok. Keinginan itu tiada walaupun dikelilingi
oleh kawan kawan yang merokok. Harap harap ianya berkekalan. Saya akan
ceritakan bagaimana saya berjaya berhenti merokok dalam post yang akan datang.
No comments:
Post a Comment